Sunday, July 11, 2010

Blog mana yang update?

Salam,

Penulis sering meng'update' tulisan beliau di blog lagi satu iaitu

http://ismailfitry-klasik.blogspot.com/


Sekian

Ismail Fitry

Sunday, November 29, 2009

Qurban

"And for every nation We have appointed religious ceremonies, that they may mention the Name of Allah over the beast of cattle that He has given them for food. And your God is One God, so you must submit to Him Alone (in Islam)" (surah al-Haj: 34)


Palmerston North - 29 Nov 2009 - Setelah berjanji lebih kurang, sekumpulan warga Palmy ala-ala rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel akhirnya sampai juga ke Dannevirke untuk menjalankan ibadah korban bersempena sambutan hari raya haji yang jatuh lewat sehari dari Malaysia (1430 Hijri) . Ketua rombongan, Abang Mat cakap kawasan ni asalnya di buka oleh orang denmark, tu yang namanya Dannevirke tu. Takkanlah Abang Mat nak kelentong pulak.

Permandangan sejurus parking kereta kat stesen BP Dannevirke

Yazrin dan famili sampai lebih awal dan terus membeli belah kat Warehouse Dannevirke. Dengarnya kat Warehouse Palmy takde jual gergaji elektrik nak buat potong daging, itu pasal Yazrin pegi carik kat Warehouse Dannevirke.

Ketika di hubungi Yazrin sedang beratur di kaunter bayaran untuk bayar gergaji elektrik beliau.

Abang Mat dan Fayyaz di dalam kereta sedang berbincang masa depan negara Fiji

Setelah semua berkumpul kamipun menuju ke rumah Tuan punya ladang yang tak berapa jauh dari situ, tak sampai setanak nasi pun dah sampai.

Rumah tuan punya ladang, cantik dan kemas tapi masih memerlukan sentuhan Eric Leong Casa Impian

Kawasan padang rumah tuan punya ladang, main bola petang-petang sedap ni

Permandangan yang sangat cantik, Subhanallah

Memasuki kawasan ladang lembu dan biri-biri

Dengarnya keluasan ladang ni 200 ekar...

Lembu-lembu yang bakal terkorban

Tuan ladang Mr Donald James yang berasal dari Jerman, tapi tak sure masa kanak-kanak dia duduk kat Jerman barat atau Jerman Timur

Dengarnya dia ni ada bau bau bacang dengan Hitler, tu yang gaya macam askar je tu

Fayyaz sedang mengasah senjata dan sedia berjuang

Mr Donald Trump sedang mengejar lembu-lembu tersebut dengan senapang gajah beliau




Saksikan aksi tembak-menembak dan potong-memotong yang di rakamkan secara langsung. *Sila abaikan perbualan di dalam video ini.

Lembu yang sudah terkorban

"Kat sini lah tempat En Donald tembak, tepat kat tengah atas sikit di antara dua mata lembu" terang Fayyaz dalam bahasa Fiji sambil menunjuk dengan pengasah pisau.

"Di sinilah tempat kejadian" ala-ala majalah Mastika

Fayyaz menge'check' samada lembu tu dah betul-betul terkorban ke belum dengan memulas ekor lembu tersebut. Bukan apa, kalau tak betul-betul check karang ada pulak orang lain yang terkorban kena penerajang lembu tu.

Lembu di terlentangkan untuk proses melapah kulit

En Donald juga turut membantu meletakkan penyendal

Fayyaz dengan cekapnya memulas kaki lembu. dia ni dah kerja sembelih binatang ni 15 tahun kat Fiji.

Kaki lembu ni dah pun di booked oleh orang Pakistan, katanya nak buat Sup untuk kuatkan tenaga. Tenaga apa? Itu kita tak tau.

Fayyaz mula membelah dan menyiat kulit lembu

Abang Yusri: Kau nak buat apa kulit ni Abang Mat?

Abang Mat: Aku nak buat kompang atau rebana ubi, nanti Tahfiz nak kahwin senang sikit. Kat New Zealand ni mana nak carik kompang...

Fayyaz jugak berminat nak buat kompang. Dia ni peminat kumpulan nasyid In-Team. Dalam perjalanan asyik nyanyi lagu Kasih Kekasih je

Hezal tak ketinggalan membantu menarik lemak lembu

Perut lembu yang kelihatan

Fayyaz terpaksa menggunakan gergaji kerana pisau dah tak lut nak memotong tulang dada lembu tersebut, agaknya lembu ni pernah belajar ilmu kebal kot

Akhirnya tertewas juga tulang dada lembu tersebut berjaya di belah dua

Ahmad Naim: Ayah, Naim nak makan Sup perut

Abang Fendi: Tunggu tiga tahun lagi kita balik Malaysia

Proses mengeluarkan isi perut lembu. Kalau pegang rasa lembut macam pegang kain kanvas

"Berjaya!" jerit Fayyaz

Kelihatan Paru, Limpa dan Hati

Dah kosong


Cari perbezaan dua gambar di atas

Proses menggantung lembu

Jangan lupa bergambar!


Fayyaz tengah settlekan kulit yang masih melekat

Lembu yang siap dibuang kulit dan isi perutnya siap untuk dihantar ke bengkel untuk proses melapah

Tergantung siap untuk dilapah

Fayyaz menunjukkan cara yang betul

Kaki lembu yang telah berjaya di potong akan diasingkan supaya proses melapah lebih lancar


En Donald terpaksa menggunakan gergaji elektrik sebab ilmu kebal lembu ni masih ada baki sikit-sikit. Tak pasti itu gergaji elektrik Yazrin atau En Donald yang punya.

Gaban Z belah dua!

Proses memotong daging jadi pecahan-pecahan kecil

Khusyuknya memotong daging

Daging-daging siap di bahagi kepada 7 bahagian

Perut lembu tak jadik nak ambik, tak larat nak mencucinya. Namun otak dan lidah lembu berjaya diperolehi

Pada Yang Maha Kuasa jangan dilupa.

"Manalah diorang ni, kata nak Solat jemaah"

Daging-daging dibahagikan di rumah Abang Mat untuk diagih kepada rakan-rakan




KISAH TAMBAHAN: PENGEMBALA KAMBING YANG JUJUR


Suatu masa dahulu terdapat seorang pengembala kambing biri-biri di daerah Dannevirke


Beliau mempunyai beberapa ekor kambing yang sihat-sihat


Suatu hari kambing-kambing beliau telah dituduh mencuri makan rumput di ladang orang lain


Setelah itu kambing-kambing tersebut ditangkap


dan disoal siasat

"Beginilah...Aku korbankan 5 ekor kambing aku untuk tujuan soal siasat" Kata pengembala kambing dengan jujurnya.

Maka proses soal siasatpun dijalankan

Empat ekor sudah dikorban

Kambing yang terakhir...

pengembala kambing itu sendiri yang menyembelih kambing beliau

Kambing-kambing tersebut dilapah dan diperiksa DNAnya ala ala CSI untuk membuktikan ada kesan memakan rumput di ladang orang lain

Proses memeriksa diteruskan dan tiada kesan rumput ladang orang lain yang dijumpai

Ternyata pengembala kambing bersikap jujur dan tidak bersalah

Maka beliau dihadiahkan tanah seluas 200 ekar sebagai ganti rugi

Dan akan berkahwin dengan puteri raja, lalu membina rumah impian mereka di sini.


Tammat

Nota kaki

  • Perjalanan dari Palmerston North ke Dannevirke mengambil masa dalam 45 minit ke 1 jam
  • Seramai 7 orang lelaki, 2 orang wanita dan 3 orang kanak-kanak ikut serta rombongan kali ini
  • Proses menembak hinggalah membungkus seekor lembu mengambil masa lebih kurang 3 jam

Peringatan untuk masa hadapan

  • Sila bawa pisau yang SANGAT tajam dan memakai pakaian yang betul
  • Sila bawa air dan makanan sebagai bekal untuk memberi tenaga